HomeSelamat DatangApr 4, 2008




Kata-kata Aluan


Selamat datang! Laman ini merupakan inisiatif saya untuk menyumbangkan pengetahuan dan pengalaman saya dalam peribadi dan kekeluargaan. Bagi mengenali saya dengan lebih dekat bolehlah lungsuri melalui akaun Facebook saya, atau perkongsian pengalaman seharian saya di tempat kerja dan juga dalam hal-hal kemasyarakatan melalui blog saya.

Anda juga boleh menghantarkan saya isu-isu bersangkutan rumahtangga, anak remaja dan peribadi melalui ruangan & Kaunseling.


.
Blog EntryKoleksi Jawapan Soalan Kaunseling Dec 15, 2009
Soalan diterima melalui emel pada 8 December 2009 Assalammualaikum Wr. Wb. Ustaz,   Saya ingin mendapat nasihat dan cara jalan yang terbaik untuk saya menyelesaikan masalah yang saya lalui kini. Harap maklum, saya telah pun... more
Previous blog entries:
Oct 20-Kahwin Lari?
Oct 20-Cinta Terhalang
Oct 20-Bapa Tidak Bertanggungjawab
Yusri's favorite blog entries:
Jul 24-Isu Househusband
   View All
.
NoteRuang Soalan Kaunseling Secara Online
   
rhb01 wrote on Jan 24
Assalamualaikum Ustaz,

Saya betul2 didalam kebingunggan.
Saya mempunyai masalah rumah tangga yang amat berat.

Sasya sudah berkahwin hampir 5tahun. Dikurniakan dengan seorang cahaya mata yang hampir mencecah 4tahun May 2010 nanti.

Suami saya seorang yang penyayang, mulanya kami bahagia. Masalah yang sering saya hadapi, suami saya seorang yang leka dalam tanggungjawabnya dalam rumah tangga. Dalam erti kata lain, saya bertindak sebagai ibu dan bapa dalam keluarga. memandangkan saya mampu, suami sering lepas tangan.

Suami sering leka dengan hobi bermain game, kawan-kawan dan juga sering malas bekerja. pernah diberhentikan kerana sering cuti sakit. Kebetulan suami saya dilahirkan dalam keluarga yang senang. Sering meminta bantuan kewangan dari keluarganya. Suami

Pada awalnya saya merasakan semuanya biasa bagi saya, lama kelamaan, saya sering merasa bosan dan mula berkawan dengan rakan sekerja.
Mula-mula semuanya bermula dengan chat dan berakhir dengan percutian bersama.

Akhir saya curang.....

Suami saya mendapat tahu dari beberapa keping foto milik saya.

Mulanya suami saya ingin memaafkan saya, dan saya pula merasakan yg saya sudah mula sukakan orang lain.

Kini suami saya mula dingin dan saya rasa serba salah.

Apa yang saya ingin tanyakan dan jelas difikirran saya,

bolehkah seseorang isteri itu dimaafkan jika berlaku curang dan berzina.
Ada peluangkan untuk saya untuk bertaubat dan apa yang perlu saya lakukan untuk masa depan saya.

Saya sayangkan suami saya dan anak saya.

Tolonglah saya ustaz, hampir setengah nyawa saya melayang memikirkan nya...
asiyah84 wrote on Jan 20
Assalamualikum ustaz,
Bersyukur sangat saya ditemukan dengan blog ustaz ni yang sangat memenuhi keperluan rohaniah.Saya sangat mengharapkan pandangan ustaz, berkaitan masalah saya dengan suami. Saya dan suami baru sahaja 2 tahun mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki. Baru-baru ini saya telah mendapat tahu bahawa suami telah menjalinkan hubungan dengan rakan sepejabatnya.Dan suami juga rakan sekerjanya itu telah pun dengan teganya mengesahkan hubungan mereka. Suami juga mengakui amat mencintai wanita tersebut.Pada mulanya saya sangat terkejut dan sangat sukar menerima kenyataan dan ketika itu juga saya telah disahkan hamil anak ke-2. Emosi saya yang tidak menentu menyebabkan saya keguguran..(2 bulan selepas kejadian) Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang saya alami..sepanjang tempoh krisis dan selepas saya keguguran, suami kerap pulang lewat,jarang bercakap tapi tidak dinafikan die amat menyayangi anak kami. Kerap kali kami berbincang mengenai masalah ini tetapi dia mengatakan bahwa die sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan pun terhadap saya kecuali kesian dan rasa bersalah, dan hubungan suami isteri yang dilakukan hanyalah sekadar nafsu dan hanya memenuhi kepuasan bagi pihak suami sahaja. Saya berasa sangat terkilan tetapi tidak berdaya untuk menolak.Pernah juga saya suarakan harapan saya untuk memulakan hidup baru, namun dia tetap dengan keputusannya untuk menceraikan saya kerana dia tidak sanggup lagi menyiksa hidup saya dan dia berkata bahwa dia tidak boleh untuk kembali seperti dahulu (walaupun saya tahu itu cuma alasan kerana dia telah pun mempunyai kekasih baru) tetapi dengan syarat, saya juga bersetuju untuk diceraikan. MasyaAllah tersepitnya hidup saya dengan syarat itu ustaz,walaubagaimanapun saya telah terlebih dahulu membuat aduan pada pejabat agama tentang suami saya. Dan bagi mengelakkan die terus menyiksa emosi saya saya telah bersetuju untuk diceraikan, walaupun terlalu berat untuk saya melepaskan.Adakah benar tindakan saya ustaz? adakah suami saya dikategorikan sebagai nusyuz? kerana dia juga dengan sengaja menjauhkan diri dari saya dan tidak berkomunikasi dengan saya masih sayangkan rumahtangga saya demi anak saya dan terlalu takut akan kemurkaan Allah S,W.T. Bantulah saya ustaz..
pirapillow wrote on Jan 5
Aslkum Ustaz,
ATTENTION: NEVER keep boiling your drinking water!!
A pharmacist report from Singapore that warning people NEVER keep boiling your drinking water! Full report at http://www.biocerawater.com/article1.htm
abahyasir wrote on Dec 27, '09
izaja said
Aslkum Ustaz,

Saya inginkan jalan penyelesaian dalam perkahwinan saya, Saya telah berkahwin selama 6 thn dengan seorang mualaf (berbangsa cina) mempunyai seorang anak. Setelah berkahwin saya tinggal dengan keluarga mertua sehingga saya melahirkan anak pertama pada 2004 , setelah itu saya berpindah kerumah ibu saya kerana tidak selesa untuk membesarkan anak saya didalam rumah keluarga mertua saya, walaupun suami tak mengizinkan dan berlaku pertengkaran antara kami, suami hanya memberi wang RM 200 sebulan setelah saya mempunyai anak, dan segala-galanya ditanggung oleh saya sendiri, termasuklah pembelian rumah dan segala keperluan diuruskan oleh saya.
Saya masih bersabar, tahun 2007 saya melahirkan anak kedua tetapi mempunyai masalah sumbing mulut dan memerlukan pembedahan, bermula dari masalah anak yang perlu membuat rawatan susulan dan pembedahan, saya mempunyai masalah dalam pekerjaan dan saya terpaksa berhenti kerja kerana pihak majikan tidak mahu memahami masalah walaupun telah berkerja selama 10thn, tetapi suami mengatakan bahawa saya hanya memberi alasan untuk berhenti kerja. Suami hanya memberi RM200 sebulan dan mengatakan bahawa dia tidak mahu tahu macam mana saya membelanjakan wang. Selama setahun tidak bekerja bagi menyelesaikan masalah anak, saya menggunakan wang simpanan untuk semua perbelanjaan termasuk kos pembedahan anak dan juga pemeriksaan. Saya telah bekerja semula dengan pendapatan RM700 untuk menampung kehidupan. Dalam pemikiran suami, saya kena bekerja sendiri untuk mencari makan tanpa dibantu olehnya. Suami masih tidak berpuashati kerana terpaksa mengeluarkan duit untuk memberi makan kepada saya & anak2, ini kerana dia suka mengatakan "duit bukan senang nak cari" setiap kali memberi makan, persoalan saya kepada ustaz 1) Perlukah saya meneruskan perkahwinan kerana setiap wang dibelanjakan suami kepada saya & anak2 tidak ada keikhlasan . 2) Bagaimana untuk saya memberi kesedaran kepada suami atas tanggungjawab kepada agama dan keluarga yang diamanahkan oleh Allah kerana beliau bukanlah seorang yang senang dibawa berbincang. Minta pandangan ustaz, sebelum saya mengambil jalan untuk berpisah.
Waalaikumsalam Izaja,

Sama ada untuk meneruskan perkahwinan atau tidak, hanya saudari sahaja yang mampu membuat keputusan yang terbaik dan sesuai dengan diri saudari. Namun melihat dari fakta yang diberikan, puan memang berhak untuk menuntut perceraian kerana suami tidak membayar nafkah yang secukupnya.

Bagi menyedarkan suami juga bukanlah merupakan jalan yang mudah, menurut pengamatan saya, puan perlukan orang ketika bagi menyedarkan suami.

Saya berasakan puan boleh menimbangkan bagi mendapatkan khidmat kaunseling untuk cuba menyelesaikan isu ini sebelum membuat keputusan muktamat bagi berpisah.
abahyasir wrote on Dec 27, '09
Hani

Aslkum Ustaz,

Saya ingin mendapatkan penjelasan terperinci mengenai permasaalahan dalam perkahwinan saya. Saya terlah berkahwin selama 11thn dan dikurniakan 5 org anak, memandangkan kami suami-isteri sudah tiada persefahaman, maka saya telah meminta suami saya melepaskan saya dan saya menggunakan alasan untuk fokus dalam kerjaya saya walaupun itu sekadar alasan. Namun suami saya tidak mahu melepaskan saya. Saya menjadi tertekan dan tidak tentu hala sehingga membuat tindakan yang menyebabkan saya derhaka kepada suami seperti keluar rumah tanpa izin serta tidak berterus terang dengan suami. Sebenarnya saya ingin menyendiri, tpi saya tidak pasti saya mempunyai hak untuk meminta ruang dari suami untuk menyendiri. Malangnya saya menjadi keras hati walaupon sebelum ini saya seorang yg bertolak unsur. Saya merasa perkahwinan saya ini merupakan satu kesilapan yang besar. Saya sunggup membuang keluarga semata-mata untuk berkahwin dengan suami saya kerana mengikut nafsu. Dan kini setelah 11thn saya merasakan bahawa saya tidak lagi menyayangi suami saya hingga tidak lagi mampu menangis. Suami saya cuba menyelamatkan perkahwinan dan keluarga kami dengan pelbagai cara. Namun saya masih dengan keputusan saya. Suami saya sekarang sudah tidak percaya pada saya kerana saya sudah tidak mahu berterus terang dengan nya sehingga beliau sanggup mengintip, menyiasat dan mengekori saya. Saya tiada mempunyai sebarang hubungan dengan orang lain. Oleh itu ustaz, saya tetap mahu meminta suami saya melepaskan saya dengan cara baik dan jika beliau tetap tidak setuju hal ini saya kemukan ke mahkamah syariah dan sesi kauseling dengan Jabatan Agama Islam Selangor pun telah saya hadiri. Kesimpulan dari kauseling tersebut dinyatakan bahwa kami menhadapi masaalah komunikasi dan tiada persefahaman dan jika saya ingin meneruskan tuntutan saya dinasihatkan merujuk ke mahkamaha syariah. Boleh kah ustaz memberi sedikit pendapat atau nasihat dalam hal ini.

Waalaikumsalam Hani,

Secara idealnya ialah untuk puan berusaha mencari huraian dan jalan keluar bagi menyelesaikan isu yang menjadi punca kurang persefahaman antara puan dan suami.

Tetapi dari penjelasan puan, nampaknya ia satu perkara yang sudah difikirkan dan ditimbangkan dengan teliti, malah puan dan suami juga telahpun menghadiri sesi kaunseling dan masih menemui jalan buntu.

Saya sependapat dengan kaunselor yang ditemui oleh puan dan suami, jika puan tetap mahukan perceraian sebagai jalan keluar dan suami masih tidak mahu menceraikan secara baik, maka rujuklah kes puan ke mahkamah Shariah.
abahyasir wrote on Dec 27, '09
sharinaAbdullah,
Assalammualaikum Abah Yasir,

Saya ingin bertanyakan soalan yang sekian lama saya mencari penyelesaiannya. Amat diharapkan agar Abah Yasir dapat menyelesaikan permasalahan saya ini.

saya dan pasangan bercadang untuk kahwin rahsia di negara jiran. sebenarnya hubungan kami direstui keluarga kedua belah pihak. tapi masalah sekarang ialah kami tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk melangsungkan perkahwinan sedangkan kami menginginkan hubungan yang halal. jadi kami memikirkan kahwin secara rahsia adalah cara penyelesaian yang baik. dan apabila kewangan sudah mencukupi, kami bercadang untuk menikah sekali lagi secara rasmi di negara ini dihadapan keluarga, sedangkan kami sebenarnya telah bernikah. jadi, ini menunjukkan bahawa akad nikah akan berlangsung secara dua kali secara berasingan tanpa berlaku penceraian.

jadi, ingin saya bertanya, apakah hukum bagi perkara ini? adakah boleh kami melakukannya? kami ingin hubungan yang halal, tapi tanpa kewangan yang mencukupi, mungkin keluarga kami tidak mengizinkan.
Waalaikumsalam, Sharina..

Pandangan saya sebaiknya tunggulah apabila kewangan sudah mantap barulah diteruskan pernikahan.

Pernikahan adalah satu perkara yang perlu diambil serius dan tidak boleh dibuat main. Ia bukan sekadar ikatan bagi mengharuskan hubungan seks semata tetapi lebih dari itu. Ia bermaksud tambahan satu tanggungjawab yang baru.

Bayangkan jika andaikata suatu hari nanti, apabila kewangan 'suami' sudah mantap dan beliau membuat keputusan untuk berkahwin secara sah dengan wanita lain. Apa yang boleh anda lakukan?

Fikirkanlah...
abahyasir wrote on Dec 27, '09
Assalamualaikum Abah Yasir,

Saya faizal dari Shah Alam, Malaysia.
Mencari-cari persoalan kepada permasalahan rumah tangga saya, akhirnya saya terjumpa laman web Abah Yasir ini. Alhamdulillah. Terima kasih.

Saya ingin menceritakan situasi saya ini kepada saudara dan ingin mengetahui apakah tindakan yang patut saya lakukan kini. Ada juga permasalahan yang lebih kurang serupa saya dapati dalam laman web ini tetapi merasakan tidak begitu tepat untuk situasi saya.

Untuk pengetahuan abahyasir, saya dan isteri telah berkahwin pada Januari yang lalu dan kami telah pun dikurniakan cahaya mata pada Selasa yang lalu (17/11/09) dan tinggal di rumah sewa. Atas perasaan kasihan setelah mereka tidak disukai oleh menantu anak lelakinya (di rumah anaknya sendiri) kira-kira 2 bulan lepas, saya dan isteri mengajak mertua saya untuk tinggal di rumah kami.
Permasalahannya sekarang, ibu mertua saya ini sangat jarang bersembahyang, suaminya juga begitu, dan adik ipar kami juga tinggal sekali buat masa cuti ini (dan sering memakai seluar pendek di dlm rumah walaupun berumur 19 tahun). Kadangkala ketika waktu maghrib mereka bermain-main dengan bayi kami dan saya memang tidak selesa dengan situasi seperti ini. Sebolehnya saya tidak mahu anak kami dibesarkan dengan situasi seperti ini.

Ibu mertua saya juga selalu mempercayai perkara-perkara karut-marut nenek moyang dahulu terutamanya yang melibatkan bayi kami dan ini amat membimbangkan saya. Saya risau saya terleka akhirnya perbuatan syirik berlaku tanpa saya sedari. Na'uzubillahiminzalik.

Saya bukanlah seorang yang alim dan arif tentang agama namun saya inginkan yang terbaik untuk anak saya. Ketika isteri saya mengandung lagi saya sering berzikir dengan kandungannya dan saya benar-benar sedih melihat keadaan kami sekarang ini.

Akal saya telah menerawang jauh, dan ada juga terfikir untuk meninggalkan isteri saya. Sebelum ini saya yakin isteri saya boleh dibentuk namun sekarang, perangainya mula seperti ibunya. Sedikit sebanyak menolak apa yang saya katakan walaupun ianya benar.

Sekarang ini, isteri saya masih lagi di dalam pantang dan saya benar-benar sedih. Macam-macam yang telah saya fikir.

Harap abahyasir dapat menjawab persoalan saya ini. Jawapan abahyasir saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Waalaikumsalam,

Semoga Allah membalas jasa saudara dalam menjaga mertua semasa tinggal bersama.

Pastinya sebagai bapa yang bertanggungjawab, ingin melihat anak saudara membesar dalam keadaan suasana yang baik dan diberkati.

Apa yang berlaku pada mertua adalah di luar kawalan saudara, apa yang boleh saudara lakukan ialah terus menerus menunjukkan contoh terbaik dan berdoa agar Allah membuka pintu hati mertua dan keluarganya untuk mendekati Allah.

Buat masa ini isteri saudara masih lagi belum stabil keadaan mental dan fizikalnya akibat baru bersalin. Lupakan hal mertua anda dan nikmatilah kurniaan Allah atas kelahiran cahaya mata saudara.

Apabila keadaan isteri sudah pulih dan selesai pantang, cubalah nasihati dengan baik dan tegur segala kesilapan beliau yang ada, mulakan dengan perkara yang positif dan pilihlah masa yang sesuai dalam menyuarakan keprihatinan anda dan seterusnya berdoa agar dibuka pintu hatinya.

Semoga Allah permudahkan urusan saudara hendaknya.





abahyasir wrote on Dec 27, '09
amykaw said
assalamualaikum ustaz...saya seorang isteri dan ibu kepada seorang ank...saya telah melakukan satu dosa besar ustaz...saya telah berzina dengan seorang lelaki..tapi perkara telah berlaku dalam 8bulan yang lepas..saya tidak tahu kenapa saya bodoh dan boleh berbuat demikian kepada suami saya sedangkan suami saya adlah seorang yang baik hati terhadap saya...hidup saya sekarang selalu dibayangi dosa dosa saya ustaz.. saya benci kepada lelaki yang telah menghancurkan hidup saya sebagai seorang isateri ustaz.. yang paling saya takut sekarang adalah saya sedang mengandung anak suami saya, saya risau apabila masa ingin melahirkan anak ini saya akan melalui satu kesakitan yang teruk ustaz..tolong lah saya ustaz..apakah yang patut saya lakukan.. saya sekarang hidup dengan rasa bersalah sgt2 terhadap suami dan anak saya..apakah yang patut saya lakukan ustaz..adakah saya akan tersiksa semasa melahirkan nanti?
Waalaikumsalam, amykaw...

Nasihat saya mudah, mintalah pengampunan pada Allah dengan sebenar-benarnya. Pohonlah kemaafan jua daripada suami, semoga Allah permudahkan anda hendaknya ketika bersalin kelak.
izaja wrote on Dec 10, '09
Aslkum Ustaz,

Saya inginkan jalan penyelesaian dalam perkahwinan saya, Saya telah berkahwin selama 6 thn dengan seorang mualaf (berbangsa cina) mempunyai seorang anak. Setelah berkahwin saya tinggal dengan keluarga mertua sehingga saya melahirkan anak pertama pada 2004 , setelah itu saya berpindah kerumah ibu saya kerana tidak selesa untuk membesarkan anak saya didalam rumah keluarga mertua saya, walaupun suami tak mengizinkan dan berlaku pertengkaran antara kami, suami hanya memberi wang RM 200 sebulan setelah saya mempunyai anak, dan segala-galanya ditanggung oleh saya sendiri, termasuklah pembelian rumah dan segala keperluan diuruskan oleh saya.
Saya masih bersabar, tahun 2007 saya melahirkan anak kedua tetapi mempunyai masalah sumbing mulut dan memerlukan pembedahan, bermula dari masalah anak yang perlu membuat rawatan susulan dan pembedahan, saya mempunyai masalah dalam pekerjaan dan saya terpaksa berhenti kerja kerana pihak majikan tidak mahu memahami masalah walaupun telah berkerja selama 10thn, tetapi suami mengatakan bahawa saya hanya memberi alasan untuk berhenti kerja. Suami hanya memberi RM200 sebulan dan mengatakan bahawa dia tidak mahu tahu macam mana saya membelanjakan wang. Selama setahun tidak bekerja bagi menyelesaikan masalah anak, saya menggunakan wang simpanan untuk semua perbelanjaan termasuk kos pembedahan anak dan juga pemeriksaan. Saya telah bekerja semula dengan pendapatan RM700 untuk menampung kehidupan. Dalam pemikiran suami, saya kena bekerja sendiri untuk mencari makan tanpa dibantu olehnya. Suami masih tidak berpuashati kerana terpaksa mengeluarkan duit untuk memberi makan kepada saya & anak2, ini kerana dia suka mengatakan "duit bukan senang nak cari" setiap kali memberi makan, persoalan saya kepada ustaz 1) Perlukah saya meneruskan perkahwinan kerana setiap wang dibelanjakan suami kepada saya & anak2 tidak ada keikhlasan . 2) Bagaimana untuk saya memberi kesedaran kepada suami atas tanggungjawab kepada agama dan keluarga yang diamanahkan oleh Allah kerana beliau bukanlah seorang yang senang dibawa berbincang. Minta pandangan ustaz, sebelum saya mengambil jalan untuk berpisah.
haninurul wrote on Dec 9, '09
Hani

Aslkum Ustaz,

Saya ingin mendapatkan penjelasan terperinci mengenai permasaalahan dalam perkahwinan saya. Saya terlah berkahwin selama 11thn dan dikurniakan 5 org anak, memandangkan kami suami-isteri sudah tiada persefahaman, maka saya telah meminta suami saya melepaskan saya dan saya menggunakan alasan untuk fokus dalam kerjaya saya walaupun itu sekadar alasan. Namun suami saya tidak mahu melepaskan saya. Saya menjadi tertekan dan tidak tentu hala sehingga membuat tindakan yang menyebabkan saya derhaka kepada suami seperti keluar rumah tanpa izin serta tidak berterus terang dengan suami. Sebenarnya saya ingin menyendiri, tpi saya tidak pasti saya mempunyai hak untuk meminta ruang dari suami untuk menyendiri. Malangnya saya menjadi keras hati walaupon sebelum ini saya seorang yg bertolak unsur. Saya merasa perkahwinan saya ini merupakan satu kesilapan yang besar. Saya sunggup membuang keluarga semata-mata untuk berkahwin dengan suami saya kerana mengikut nafsu. Dan kini setelah 11thn saya merasakan bahawa saya tidak lagi menyayangi suami saya hingga tidak lagi mampu menangis. Suami saya cuba menyelamatkan perkahwinan dan keluarga kami dengan pelbagai cara. Namun saya masih dengan keputusan saya. Suami saya sekarang sudah tidak percaya pada saya kerana saya sudah tidak mahu berterus terang dengan nya sehingga beliau sanggup mengintip, menyiasat dan mengekori saya. Saya tiada mempunyai sebarang hubungan dengan orang lain. Oleh itu ustaz, saya tetap mahu meminta suami saya melepaskan saya dengan cara baik dan jika beliau tetap tidak setuju hal ini saya kemukan ke mahkamah syariah dan sesi kauseling dengan Jabatan Agama Islam Selangor pun telah saya hadiri. Kesimpulan dari kauseling tersebut dinyatakan bahwa kami menhadapi masaalah komunikasi dan tiada persefahaman dan jika saya ingin meneruskan tuntutan saya dinasihatkan merujuk ke mahkamaha syariah. Boleh kah ustaz memberi sedikit pendapat atau nasihat dalam hal ini.

sharinaabdullah wrote on Dec 6, '09
sharinaAbdullah,
Assalammualaikum Abah Yasir,

Saya ingin bertanyakan soalan yang sekian lama saya mencari penyelesaiannya. Amat diharapkan agar Abah Yasir dapat menyelesaikan permasalahan saya ini.

saya dan pasangan bercadang untuk kahwin rahsia di negara jiran. sebenarnya hubungan kami direstui keluarga kedua belah pihak. tapi masalah sekarang ialah kami tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk melangsungkan perkahwinan sedangkan kami menginginkan hubungan yang halal. jadi kami memikirkan kahwin secara rahsia adalah cara penyelesaian yang baik. dan apabila kewangan sudah mencukupi, kami bercadang untuk menikah sekali lagi secara rasmi di negara ini dihadapan keluarga, sedangkan kami sebenarnya telah bernikah. jadi, ini menunjukkan bahawa akad nikah akan berlangsung secara dua kali secara berasingan tanpa berlaku penceraian.

jadi, ingin saya bertanya, apakah hukum bagi perkara ini? adakah boleh kami melakukannya? kami ingin hubungan yang halal, tapi tanpa kewangan yang mencukupi, mungkin keluarga kami tidak mengizinkan.
muhammadfaizalahmad wrote on Nov 24, '09
Assalamualaikum Abah Yasir,

Saya faizal dari Shah Alam, Malaysia.
Mencari-cari persoalan kepada permasalahan rumah tangga saya, akhirnya saya terjumpa laman web Abah Yasir ini. Alhamdulillah. Terima kasih.

Saya ingin menceritakan situasi saya ini kepada saudara dan ingin mengetahui apakah tindakan yang patut saya lakukan kini. Ada juga permasalahan yang lebih kurang serupa saya dapati dalam laman web ini tetapi merasakan tidak begitu tepat untuk situasi saya.

Untuk pengetahuan abahyasir, saya dan isteri telah berkahwin pada Januari yang lalu dan kami telah pun dikurniakan cahaya mata pada Selasa yang lalu (17/11/09) dan tinggal di rumah sewa. Atas perasaan kasihan setelah mereka tidak disukai oleh menantu anak lelakinya (di rumah anaknya sendiri) kira-kira 2 bulan lepas, saya dan isteri mengajak mertua saya untuk tinggal di rumah kami.
Permasalahannya sekarang, ibu mertua saya ini sangat jarang bersembahyang, suaminya juga begitu, dan adik ipar kami juga tinggal sekali buat masa cuti ini (dan sering memakai seluar pendek di dlm rumah walaupun berumur 19 tahun). Kadangkala ketika waktu maghrib mereka bermain-main dengan bayi kami dan saya memang tidak selesa dengan situasi seperti ini. Sebolehnya saya tidak mahu anak kami dibesarkan dengan situasi seperti ini.

Ibu mertua saya juga selalu mempercayai perkara-perkara karut-marut nenek moyang dahulu terutamanya yang melibatkan bayi kami dan ini amat membimbangkan saya. Saya risau saya terleka akhirnya perbuatan syirik berlaku tanpa saya sedari. Na'uzubillahiminzalik.

Saya bukanlah seorang yang alim dan arif tentang agama namun saya inginkan yang terbaik untuk anak saya. Ketika isteri saya mengandung lagi saya sering berzikir dengan kandungannya dan saya benar-benar sedih melihat keadaan kami sekarang ini.

Akal saya telah menerawang jauh, dan ada juga terfikir untuk meninggalkan isteri saya. Sebelum ini saya yakin isteri saya boleh dibentuk namun sekarang, perangainya mula seperti ibunya. Sedikit sebanyak menolak apa yang saya katakan walaupun ianya benar.

Sekarang ini, isteri saya masih lagi di dalam pantang dan saya benar-benar sedih. Macam-macam yang telah saya fikir.

Harap abahyasir dapat menjawab persoalan saya ini. Jawapan abahyasir saya dahului dengan ucapan terima kasih.
abahyasir wrote on Nov 20, '09, edited on Nov 20, '09
Salam Ustadz

Bila Ustadz nak jawab soalan2 ni semua??

Thank you.
Salam Inangsari,

Diharapkan agar Inangsari dan juga pengunjung laman ini dapat bersabar jika berlaku kelewatan jawapan dari saya.

Sesungguhnya saya sendiri tidak menyangka dengan soalan-soalan yang tidak putus-putus dari pengunjung baik melalui ruangan ini, mesej peribadi (pm) di multiply, facebook mahupun secara emel. Ini tidak termasuk soalan yang kadang kala muncul di ruangan komentar laman blog saya.

Memandangkan majoriti soalan adalah berbentuk isu rumahtangga, kekeluargaan dan juga peribadi, maka kadangkala saya memerlukan masa untuk memikirkan dan mencari jawapan yang terbaik bagi setiap soalan.

Kesemua ini dilakukan secara sukarela pada masa lapang saya selepas masa kerja.

Oleh itu, diharapkan para pengunjung dapat memahami jika terdapat kelewatan jawapan dari saya. Kesabaran dan kefahaman anda sekalian amat saya harapkan dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
amykaw wrote on Nov 18, '09
assalamualaikum ustaz...saya seorang isteri dan ibu kepada seorang ank...saya telah melakukan satu dosa besar ustaz...saya telah berzina dengan seorang lelaki..tapi perkara telah berlaku dalam 8bulan yang lepas..saya tidak tahu kenapa saya bodoh dan boleh berbuat demikian kepada suami saya sedangkan suami saya adlah seorang yang baik hati terhadap saya...hidup saya sekarang selalu dibayangi dosa dosa saya ustaz.. saya benci kepada lelaki yang telah menghancurkan hidup saya sebagai seorang isateri ustaz.. yang paling saya takut sekarang adalah saya sedang mengandung anak suami saya, saya risau apabila masa ingin melahirkan anak ini saya akan melalui satu kesakitan yang teruk ustaz..tolong lah saya ustaz..apakah yang patut saya lakukan.. saya sekarang hidup dengan rasa bersalah sgt2 terhadap suami dan anak saya..apakah yang patut saya lakukan ustaz..adakah saya akan tersiksa semasa melahirkan nanti?
abahyasir wrote on Nov 16, '09
asalamualaikum ustaz..

saya pemuda 29 tahun ...saya pernah meminta pandangan ustaz mengenai naluri seks songsng saya iatu lebih gemarkan lelaki..saya telah menerima cinta wanita tersebut dan bercadang akan kawin pada tahun depan...persoalannya ustaz saya ingin bertanyakan tentang ibadah saya kepada ALLAH walaupun saya mempunyai naluri berbeza..adakah ibadah saya diterima oleh -Nya samaada wajib ataupun sunat yang saya lakukan....

saya benar-benar berharap kehidupan saya berubah selepas berkahwin dengan wanita tersebut kerana kekadang saya bimbang kerana terdapat juga golongan gay yang kembali melakukan perkara terkutuk tersebut walaupun sudah berkahwin...

saya inginkan perubahan besar dalam hidup saya ...bagi saya masalah ini lah yang menggangu hidup saya selama ini...dan sering berdoa kepada Allah menjadikan saya muslim sejati sesuai dengan fitrah keadian saya sebagai lelaki.....

saya selalu berdoa kepada Allah dalam sujud terakhir di dalam solat 5 waktu adakah ia dibolehkan? ini kerana ada orang memberitahu saya bahawa ketika kita sujud lah kita paling hampir dengan Allah...adakah perbuatan ini tergolong dalam perbuatan bidaah...

saya ada melakukan solat sunat tahajud...saya menunaikan solat ini dua rakaat sahaja dan memilih surah yang ringkas sahaja ketika menunaikan solat ini adakah ianya dibolehkan...ini kerana saya mendapati banyak cara untuk menunaikan solat ini tetapi saya mengambil jalan mudah kerana saya pecaya bahawa biarlah mudah tetapi yang penting istiqamah dalam ibadat...

harap ustaz dapat menjawab persoalan saya ini..terima kasih...
Waalaikumsalam.

Iskandar,

Ibadah yang dikerjakan saudara, selagi mana dikerjakannya dengan penuh ikhlas. I.Allah ianya bakal diterima oleh Allah tidak kira siapa yang melakukannya.

Kesungguhan dan kecekalan saudara untuk berubah pastinya tidak dipandang sepi oleh Allah dan saya berharap agar doa saudara untuk menjadi lelaki muslim sejati diperkenankan Allah.

Doa adalah senjata mukmin, ia boleh dipinta walaupun ketika sedang solat tidak kira dalam keadaan sujud pada rakaat yang pertama atau yang terakhir, begitu juga dengan solat tahajjud ia juga boleh dilakukan dengan dua rakaat yang mudah beserta dengan bacaan surah yang ringkas.

Sebaik-baik ibadah juga yang dilakukan secara kekal dan konsisten walaupun dibuat secara ringkas dan mudah.
abahyasir wrote on Nov 16, '09
Salam,

Saya mempunyai masalah rumahtangga. Isteri saya sudah tak tahan dan tak mahu tinggal sebumbung dengan saya. Dia menyuruh saya keluar dari rumah sebab rumah tu dia yang bayar melalui potongan gaji dia. Alasannya dia sudah tahan tekanan kerana saya tak tolong buat kerja rumah. Di campur dengan dia terpaksa bayar bulanan kereta. Dicampur dengan perasaan pendam yang lain-lain. Saya mempunyai perniagaan namun 2 bulan sebelum raya perniagaan saya merosot kerana kegawatan dan pelanggan saya tidak membayar hutang saya. Sebelum ini saya membayar duit kereta dan bil telefon, internet dan ansuran barangan elektrik. Tekanan yang diterima adalah dia terpaksa menanggung pembayaran semua itu dicampur dengan perasaan pendam beliau sebelum ini. Alasan2 lain adalah saya tidak menunaikan tanggungjawap sebagai pemimpin keluarga. Saya memang mengaku yang saya jarang2 sembahyang. Kadang2 shj jemaah. Itu memang salah saya. Tetapi saya tak pernah mengajar dia perkara yg songsang, khurafat atau syirik ataupun yang berdosa.
Dia meminta cerai, tetapi saya tidak mahu, dia berkata tak sanggup tinggal dengan saya dan dia hendak hidup seorang dalam masa 3 bulan iaitu tempoh sehingga akhri tahun ini, kalau dia merasa bahagia hidup tanpa saya dia akan teruskan katanya.

kini sudah sebulan kami tidak tinggal sebumbung, saya hanya mengambil anak saya seminggu sekali pada hujung minggu. Saya kini tinggal dirumah abang saya dan saya betul2 sayangkan isteri saya, saya tak mahu tinggalkan dia, semenjak saya dirumah abang saya tidak pernah tinggal sembahyang, dan banyak membaca mengenai fardu ain dan tiap2 kali sembahyang saya berdoa supaya Allah bukakan hatinya. Isteri saya memang seorang yang keras hati.

Persoalannya apakah hukumnya dia berbuat begitu bolehkah dia menghalau saya kerana telah 2 kali bergaduh iaitu apabila saya tidak mempunyai pendapatan, punca utama adalah dia tak tahan kerana dia terpaksa membayar perbelanjaan keluarga. Saya bertanya apakah itu sebab utama tetapi dia kata bukan itu sahaja tetapi lain2 yang dipendam sebelum ini. Apakah dia boleh menghalau suaminya, macamana dengan nafkah batin, saya , macamna dengan hak-hak yang lain.

Saya kini sudah mendapat pekerjaan, dan hujung bulan ini saya bertekad untuk memberi nafkah kepadanya sekadar yang mampu.

Di harap saudara yang arif dapat menolong.

Wassalam.
Salam Haziq,

Berdasarkan tulisan saudara, jelas beliau sudah bosan dan tidak sanggup lagi tinggal bersama saudara.

Seperti mana yang saudara sendiri jelaskan, antara sebab utama beliau tinggalkan saudara ialah kerana kegagalan membayar nafkah serta perasaan terpendam isteri sekian lama mak

Pastinya, walau apa jua sebabnya dan kesalahan saudara. Isteri saudara tidak wajar berbuat demikian dan dikira sebagai derhaka pada suami (nusyuz).

Saudara perlu banyak bersabar dan berdoa agar dibuka hati isteri untuk menerima saudara kembali. Saudara juga perlu berusaha mengubah sikap dan bekerja keras bagi menampung perbelanjaan keluarga bagi membuktikan dan memenangi semula keyakinan yang telah pudar dari isteri.

Sesungguhnya memang tidak mudah untuk membuka hati isteri saudara, hanya Allah sahaja tahu berapa lama (tahun) beliau memendam rasa dan bersama dengan tindakan saudara sebelum beliau kesabaran beliau 'meletup' seperti sekarang.

Semoga saudara diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan besar yang melanda dan berjaya memenangi hati isteri semula. Ia suatu tugasan yang sukar tetapi tidak pula mustahil.
abahyasir wrote on Nov 16, '09
walicin said
Terima Kasih atas jawapan Ustaz.Alhamdulillah,mereka telah pun "memperbaharui" nikah mereka dengan kehadiran wali bagi sang isteri.
Alhamdulillah, semoga rumahtangga mereka diberkati oleh Allah dan kekal sepanjang hayat hendaknya.

Amin...
abahyasir wrote on Nov 16, '09
Assalamualaikum Ustaz...
betul ke minyak wangi yang mempunyai bahan alkohol, tak boleh digunakan untuk solat? Kebanyakan mengatakan tak sah solat kerana ada bahan 'alkohol' tapi ada yang mengatakan yang dimaksudkan alkohol, yang membatalakn solat ialah alkohol yang diminum.
jadi Ustaz, apa pendapat ustaz?


- muhammad_faizul@live.com.sg
Waalaikumsalam.

Pertama sekali, untuk masa akan datang diharapkan walituber dapat merujukkan soalan kemusykilan atau hukum agama pada pihak lain, memandangkan tumpuan saya di sini hanya pada isu-isu peribadi dan rumahtangga atau kekeluargaan.

Menjawab persoalan saudara, isu alkohol dalam minyak wangi menjadi perselisihan para ulama. Terpulang kepada saudara untuk cenderung pada pilihan jawapan yang membolehkan atau tidak.

Wallahu A'lam.
abahyasir wrote on Nov 16, '09
saya dan pasangan bercadang untuk kahwin lari..
sah ke dalam hukum Islam ustaz???
halal ke hubungan kami nanti ustaz???
setiap pasangan yang kahwin lari,kena berdaftar di pejabat agama ya???
macam mana??
apa denda yang akan dikenakan???
Salam Nuraisyah,

Pertama sekali saya tidak mempunyai butiran lanjut tentang proses kahwin lari> Proses kahwin lari membolehkan sesuatu perkara yang biasanya tidak diluluskan oleh Pejabat Nikah tempatan.

Sebagai contoh, jika dalam keadaan wali tidak mengizinkan anak perempuan bernikah, mengikut prosedur biasa, pihak yang bernikah perlu merayu kepada pendaftar atau kadi pejabat nikah.

Ianya perlu disiasat terlebih dahulu sebelum kadi memutuskan sama ada boleh atau tidak bernikah tanpa izin wali.

Keadaan ini tidak berlaku di sesetengah tempat, imam masjid sesuatu daerah (berlagak wali hakim) langsung menikahkan pasangan tanpa kehadiran wali, sedangkan wali hakim perlu dilantik oleh penguasa negara.

Atas dasar itu, berat saya untuk menyatakan ianya halal. Ia juga tidak diiktiraf oleh mana-mana pejabat nikah rasmi negara.

Sila lihat jawapan penuh saya bagi soalan yang sama di --> http://abahyasir.multiply.com/journal/item/194/Kahwin_Lari

abahyasir wrote on Nov 16, '09
assalamualaikum ustadz

I read with interest your multiply. I would like to know how can I go about to appoint 'hakam'? I am in the process of divorce but I am not satisfied with the counsellor that handle my case at one of the FSC. There was no concrete result after I met her twice.

Could you please advice. Thank you.

Waalaikumsalam Inangsari,

First of all, you need to file for divorce at Shariah Court. From there, they will refer you for counselling, if there's still no solution then it will goes to mediation process before eventually the couple could appoint for hakam.
..
Photo AlbumPhotosFeb 18, 2009
ddd
dThumbnaild
ddd
A bundle of joy
20 Photos, 15 comments
ddd
dThumbnaild
ddd
Tahnik @ Al-Falah
4 Photos, 6 comments
ddd
dThumbnaild
ddd
FMSA Pre-U Muslim Students' Seminar 08
8 Photos, 8 comments
ddd
dThumbnaild
ddd
Ramadan Special Talk - Hubbul Quran
9 Photos

   View All
..
..
.