Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH
Blog EntryMar 1, '09 11:34 AM
for everyone
Soalan diterima melaui emel pada 11 Februari 2009 

Assalamualaikum Ustaz,
 
Saya harap Ustaz dan keluarga sihat sejahtera.
 
Saya ingin minta pandangan dan nasihat ustaz. Saya sudah pun bertunang sejak 1 thn yg lalu. Sebenarnya sebelum kita bertunang, tunang saya, A, memang panas baran orgnya. Tapi selepas bertunang, perangai A seperti makin melampau, kata-katanya pun sudah tidak ada kemanisan lagi. Kadangkala Ustaz, dia maki hamun saya tak tentu pasal atau SMS saya dgn kata-kata kesat seperti memangil saya bodoh atau perempuan jalang. 

Semenjak saya bertunang dgn A, dia seperti hendak saya mengubah diri. Tetapi permintaan A itu tak masuk akal. Saya nie tidaklah gemuk sangat. Dan dia asyik suruh saya exercise dan sebagainya. Waktu kita makan bersama pon dia akan larang saya makan nasi dan lain-lain. Dia jugak suka melihat perempuan lain ketika bersama saya dan suka memuji perempuan lain seperti kulit putih, kurus etc. Tetapi terhadap saya, dier selalu mengata bdn saya da naik. 

Kami sering bergaduh. A ni orgnye pandai memujuk. Tiap kali dia buat kesilapan, dia pandai menggunakan kata-kata manis untuk memujuk. Baru-baru ini, kami bertekak dan A menggunakan kekerasan terhadap saya. Taklah sampai pukul tapi dia menarik baju dan menengking saya di khalayak ramai. Sehingga saya pun 'breakdown'. Butang baju saya sampai pecah. 

Tiap kali saya jumpanya, saya akan rasa takut. Apa sebab dia marah? Kerana saya dapat tahu bahawa dia menipu. Sebenarnya sewaktu kita bertunang, dier pernah bercinta dengan perempuan lain. Perempuan itu menelefon saya dan meminta A pulangkan duitnya. Dia tak terima bila saya bertanya dan terus menggunakan kekerasan.
 
Saya cuba nak sembunyikan rahsia perangai dia daripada keluarga saya. Ibu bapa saya sudah pun tahu tentang kejadian nie. Dan mereka hendak saya memutuskan pertunangan ini. Bagi bapa saya, saya ini penyedih orgnya. Dia tak terima perbuatan A itu. Sedangkan dia sendiri tak pernah gunakan kekerasan terhadap saya. Mereka hanya menunggu keputusan saya.
 
Kelmarin, bakal ibu mertua saya mengatakan bahawa A akan berubah selepas berkahwin. Dan mereka hendak cepatkan pernikahan kami. Saya keliru da serba salah. Saya tak nak hampakan ibu bapa A yg sudah berumur. Tetapi ibu bapa saya pula sudah tidak merestui pertunangan ini dan disebabkan ini, ibu saya seolah-olah sudah tidak mahu berbual dgn saya kerana kecewa dgn keraguan saya.
 
Tolong la beri saya pandangan Ustaz. Saya tak tahu samada nak teruskan atau putus.
 
Terima Kasih.
 
Salam Sejahtera,

============================================================

Jawapan:

Waalaikumsalam.

Jelas daripada emel yang dikirimkan, saudari berasa serba salah sama ada ingin meneruskan pertunangan dan mendirikan rumahtangga atau melakukan perkara sebaliknya iaitu memutuskan ikatan pertunangan yang bermakna membatalkan perkahwinan yang telah dirancangkan.

Ini ditambah pula dengan ibu bapa yang tidak merestui hasrat saudari jika ingin meneruskan hubungan ke alam perkahwinan atas sebab-sebab yang dikaitkan dengan perangai dan sikap negatif yang ditunjukkan oleh tunang saudari. Pada masa yang sama pula ibu tunang saudari pula memberikan perangsang untuk menerima anaknya sebagai suami dengan harapan perangai tunang saudari akan berubah selepas perkahwinan.  

Pastinya ini menambahkan dilema kepada saudari dalam membuat keputusan yang rasional tanpa menyinggung perasaan ibu atau bakal ibu mertua. 

Melalui emel ini, saya  tidak akan menyentuh kelakuan atau pegangan agama tunang anda dari segi pemilihan sebagai seorang suami sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam. Saya juga tidak akan memberikan sebarang jawapan spesifik akan tindakan yang patut diambil dalam hal yang dialami oleh saudari. 

Namun, suka saya tegaskan di sini dalam membantu saudari membuat keputusan yang terbaik, saudari harus meletakkan perkara-perkara berikut sebagai asas:

1. Restu ibu bapa. 

Keputusan sama ada untuk diteruskan pernikahan atau tidak, perlulah mengambil kira restu daripada ibu bapa. Keberkatan ibu bapa memainkan peranan besar dalam kesejahteraan rumahtangga yang bakal didirikan. 

Sebaiknya rumahtangga yang didirikan kelak membawa kegembiraan kepada semua pihak terutamanya ibu bapa kita sendiri. Malah melakukan satu perkara yang boleh menimbulkan kesedihan dan mengecewakan hati ibu merupakan satu dosa besar.  

Oleh itu, sebaiknya pastikan ibu bapa gembira dengan pemilihan pasangan hidup dan mendoakan kesejahteraan dan kerukunan rumahtangga kita.

2. Kepentingan diri sendiri. 

Sangat kurang tepat apabila keputusan yang dibuat adalah berdasarkan semata-mata atas dasar menjaga hati dan perasaan orang lain tanpa mengira kepentingan dan perasaan diri sendiri termasuk hati ibu bapa. 

Sebaik-baiknya, letakkanlah kepentingan diri sendiri sebagai satu 'basis' utama dalam segala keputusan yang dilakukan. Ini penting untuk memastikan agar hati kita berasa gembira dengan pilihan pasangan hidup. 

Ingatlah diri kita sendiri yang akan menanggung di atas segala kesilapan pilihan pasangan hidup yang dilakukan, bukan ibu mertua, teman anda atau sesiapa.

3. Perubahan bermula dari sekarang. 

Setiap keputusan yang diambil dengan mengambil kira bahawa seseorang itu akan berubah selepas perkahwinan adalah satu jangkaan yang tidak kita pasti natijahnya, malah ia lebih kepada satu perjudian nasib. 

Cuba anda bayangkan jika tunang anda masih mempunyai sifat2 di bawah ini (seperti terkandung dalam emel anda) walau selepas berumahtangga:

- Panas baran 
- Suka maki hamun 
- Sms kata kesat spt jalang, bodoh. 
- Gelar diri anda '
 -Suka tengok dan puji wanita lain depan anda.
- Guna kekerasan.

Jika beliau dapat berubah selepas berkahwin, Alhamdulillah. Tetapi jika tidak bagaimana pula? Bolehkan anda menjamin sifat buruk tunang anda ini tidak semakin meruncing selepas berumahtangga kelak?

Kesimpulannya, jika anda ingin beliau berubah. Berikan satu 'timeframe' dan pastikan perubahan itu dapat dilakukan sebelum anda berumahtangga. 

Semoga pandangan-pandangan di atas dapat dijadian panduan dalam membuat keputusan untuk anda berumahtangga kelak. 
  
Wassalam. 

Mohd Yusri Yubhi Md Yusoff

wardun wrote on Mar 1, '09
semoga yg bertanya mendapat pentunjuk dari Allah SWT.
abahyasir wrote on Mar 16, '09
Amin!
bewanwar wrote on Jun 6, '09
Saya dapat meraba maksud dari ustadz..Saya hanya dapat mendoakan agar wanita ini diberi Allah petunjuk.
Yang paling afdhal, dia (wanita ini) hendaklah beristikharah, dan bijak menimbang pilihan pasangannya berdasarkan sunnah Nabi. Ustadz boleh terangkan secara detail apa2 yang boleh diutamakan dalam memilih pasangan kan??
ummsalaama wrote on Jun 6, '09
bagaimana pula sekiranya kekasaran si tunang setelah menjadi suami, menjadi lebih teruk apatah lagi sewaktu isterinya hamil? Naudzubillah
chelonia wrote on Jun 7, '09
run away from him. far far away. if you ever tie the knot, it will be very difficult to untie.
abahyasir wrote on Jun 7, '09
Ramai yang prihatin. Semoga yang bertanya dapat membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan dan tidak merana di kemudian hari.
saatmatari wrote on Jun 30, '09
Saya setuju dgn ustaz. Melakukan kebaikan adalah satu perkara yg tak boleh ditunda atau dilambatkan, ia termasuk bertaubat, memohon maaf, memberi sedekah, menolong orang dengan rahmat dan kasih sayang, menuntut ilmu, mencari nafkah dll dll ...

Sebaliknya kita dianjurkan menjauhkan dari kemudaratan, termasuk berhutang, riba, bermusuhan, menderhaka, dll dll
Add a Comment