Soalan melalui email pada 5 Oktober 2008
*Beberapa maklumat terpaksa dirahsiakan dan diubah bagi memelihara identiti individu yang bertanya.
Assalamulaikum ustaz Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana menggunakan identiti palsu apabila berhubung dengan ustaz. Saya harap ustaz akan mengerti mengapa saya berbuat demikian apabila ustaz membaca email saya sampai akhir. Saya ada satu masalah berat yang saya harap dapat ustaz memberikan nasihat dan pertolongan kerana saya tidak tahu di mana lagi saya boleh mendapatkan bantuan. Saya mulakan dgn memberikan sedikit latarbelakang kehidupan saya sejauh ini. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Umur saya telah menjangkau ------, saya seorang lelaki yang telah tamat pengajian di ---- dan kini mempunyai pekerjaan. Tetapi hati saya merasa kosong yang amat sangat, saya teringin sekali mendirikan rumahtangga dan berkongsi hidup dgn seseorang, seperti adik-beradik saya yg lain. Cuma masalahnya saya langsung tidak tertarik kepada wanita secara fizikal walau sedikit pun, hanya terhadap kaum sejenis sahaja. Ia adalah satu perasaan yang sekian lama saya pendamkan, dan daya tarikan itu datang secara semulajadi dan tidak diundang sejak saya kanak-kanak. Secara luaran saya tetap merasa sebagai seorang lelaki, tidak pernah terlintas untuk menjadi seorang transexual/ hidup sebagai seorang wanita. Cuma kepuasan nafsu sahaja hanya dapat dipenuhi oleh kaum sejenis. Masalah ini telah membelenggu saya sejak sekian lama kerana saya sedar ia bertentangan degan Islam. Ia telah sedikit sebanyak menjejas perhubungan saya baik dgn kaum wanita dan kaum adam kerana saya tidak dapat bergaul secara terbuka dgn mereka, kerana takut masalah ini diketahui oleh mereka. Oleh kerana itu, saya ada ' few close friends' dan tidak seorang pun, kecuali seorang ahli keluarga rapat, yang tahu tentang masalah saya. Selama lebih ------ thn, saya dapat mengawal perasaan saya dan mengelakkan daripada membuat perhubungan dgn sesiapa. Saya pun prihatin dalam melakukan solat 5 waktu sejak mengikuti satu perkhemahan belia Islam.
Setiap hari saya berdoa agar keadan saya akan pulih, dan saya telahpun berkesempatan untuk ke tanah suci. Tetapi, perasaan ini tetap wujud dan kian menjadi-jadi mentelah lagi kekosongan hati yang dirasai selama ini. Istilah "lifestyle choice" is not applicable here because I don't have a choice. Why would I want to complicate life further, and risk destroying everything I have including relationships with family and friends if indeed I can control my feelings for a man and redirect it towards a woman? Mimpi malam (wet dream) saya pun melibatkan kaum sejenis, tidak pernah kaum wanita! Tidak sama seperti wanita lesbian yang masih boleh berumahtangga dan memenuhi tanggungjawab batin terhadap suaminya walaupun dia tidak mendapat kepuasan darinya, saya tidak akan dapat memenuhi tanggungjawab saya memberikan nafkah batin terhadap isteri saya jika saya berkahwin dalam keadaan saya sekarang. Beberapa bulan yang lalu, mungkin didorong oleh perasaan kecewa yang amat sangat, kekosongan di hati dan iman yg lemah, saya telah terlanjur perbuatan dgn mengadakan perhubungan fizikal dgn seorang lelaki buat pertama kalinya. Walaupun ia tidak melibatkan kegiatan liwat, apa yg berlaku antara kami hanya boleh terjadi di antara pasangan suami-isteri yg sah.
Saya benar-benar mengharapkan bantuan ustaz kerana saya sudah jauh terlanjur. Apakah saya harus hidup bersendirian buat selama-lamanya, walaupun lumrah manusia itu harus hidup berpasangan? Saya tahu ada beberapa ayat Al-Quran yg mencemuh kaum Nabi Lut yang melakukan perhubungan sejenis, tetapi bukankah mereka sudahpun mempunyai isteri, dan melakukan perbuatan tersebut secara kejam dan paksa? Adakah hadis-hadis yang dapat ustaz berikan tentang bagaimana Rasullulah saw menangani masalah ini di kalangan kaumnya? Ada beberapa kajian yang menganggarkan kira-kira 10 peratus (mungkin lebih) daripada golongan sesebuah masyarakat itu mengalami masalah homoseksual, satu kadar yg saya rasa agak tinggi dan perlukan keprihatinan dan huraian yang sempurna oleh masyarakat termasuk golongan asatizah. It is not just a matter of sexual preference (orientation is a better word because 'preference' implies one has a choice and most homosexuals don't) and physical relations, it is a big part of one's self, identity and being and affect their relationships with the people around them. Adakah jalan lain buat manusia seperti saya yang masih ingin menjalani hidup yang diredhai tuhan tetapi hanya dapat meraih nikmat kepuasan batin dgn hanya bergaul dgn kaum sejenis? Adakah amalan saya yang lain akan ditolak kerana saya menggauli lelaki? Melenyapkan perasaan homoseksual ini terasa amat sukar sangat kerana ia telah wujud dengan sendirinya sejak kecil lagi, dan walaupun saya pernah berkawan dengan wanita tidak pernah terasa kasih sayang terhadapnya, apatah lagi tarikan fizikal. Cuba ibaratkan seorang lelaki sejati meng-'suppress'-kan naluri semulajadinya, dan sebaliknya menimbulkan perasaan terhadap kaum sejenisnya, bayangkan kepayahannya! Terimakasih dan Wassalam
=========================================================
Jawapan:
Assalamualaikum.
Saudara,
1. Pertama sekali saya amat berbesar hati kerana anda sudi berkongsi perkara ni dengan saya, walaupun perkara yang disebutkan adalah sensitif.
2. Manusia secara semulajadinya diciptakan berpasang-pasangan. Bagi lelaki mempunyai naluri semula jadi terhadap kaum wanita begitu juga sebaliknya. Namun terdapat juga perkara yang berlaku sebaliknya atas sebab-sebab yang tertentu atau peristiwa yang berlaku yang menyebabkan orientasi seks seseorang individu itu boleh berubah.
3. Saya dapat bayangkan betapa sukarnya anda cuba melawan perasaan tersebut selama bertahun-tahun sehinggalah anda kecundang sekali..namun saya bersyukur yang anda masih lagi tetap dapat mempertahankan diri daripada terjebak kepada perbuatan yang keji yang jelas dikutuk oleh Allah.
4. Sebelum kita melangkah lebih jauh dalam isu ini, saya rasa ada sebaiknya jika kita bersetuju pada satu perkara iaitu setiap perkara yang dilakukan merupakan satu pilihan oleh manusia itu sendiri. Jika kita tidak bersetuju pada perkara ini, maka adalah sukar untuk kita maju ke depan atau move fwd bagi mengatasi isu yang diutarakan.
5. Oleh itu, sama ada suka atau tidak..manusia diberikan akal fikiran untuk memilih dan membezakan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk berlandaskan ketetapan Allah daripada sumber utama manusia iaitu Quran dan Hadith. Dan dalam hal ini, hubungan sesama jenis adalah satu perkara yang dibenci oleh Allah seperti mana juga Allah membenci perbuatan zina antara lelaki dan wanita yang belum bernikah, tidak kiralah apa jua alasan yang diberikan.
6. Atas sebab itu, saya berharap kita dapat bersetuju dengan kenyataan bahawa keinginan untuk melakukan hubungan sejenis adalah satu pilihan dari kita, bukannya kita tiada pilihan. Jika kita bersetuju dengan statement ini. Barulah kita boleh fikirkan beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi perkara ini.
Antaranya:
1. Ubah mindset Langkah utama untuk keluar daripada lingkaran ini ialah dengan menukar mindset yang anda tiada pilihan lain kepada 'aku ada pilihan' atau 'aku boleh berubah'. Jika anda tidak menukar mindset anda, maka sukar untuk sesiapa pun bantu anda dalam hal ini.
2. Puasa Antara ibadah yang baik dilakukan bagi mengawal nafsu syahwat ialah dengan berpuasa. Inilah anjuran baginda kepada pemuda yang yang ingin bernikah tetapi belum mampu. Puasa merupakan langkah pencegahan yang efektif bagi mengekang hawa nafsu.
3. Success story Terdapat banyak kisah2 kejayaan atau success story pada mereka yang dahulunya seorang yang homoseksual tetapi berjaya berubah, berkahwin dan seterusnya memperolehi anak. Pastinya ia tidak mudah, perlukan kepada pengorbanan dan semangat untuk terus berubah dan percaya diri. Namun yang paling penting, anda perlu bertanya pada diri anda, jika mereka mampu lakukan dan berubah, mengapa tidak anda?
4. Refleksi Diri Anda juga perlu membuat refleksi diri atau muhasabah diri. Mengapa selepas mengerjakan haji dan juga melakukan solat fardu, namun anda tetap tidak dapat melawan diri daripada perkara yang anda sebutkan ini. Mengapa? Hanya anda sahaja yang mempu menjawabnya. Mungkin soalan2 berikut ini perlu dijawab:
- Berapa kerapkah anda melakukan solat? - Sejauhmana jujurnya anda bertaubat pada Allah? - Bila anda melakukan kesilapan atau dosa, siapakah yang anda salahkan? Diri anda sendiri atau takdir yang membuatkan anda tiada pilihan lantas terpaksa mengikut nafsu?
Pendek kata melakukan ibadah adalah satu perkara, melakukan satu perubahan dan berusaha melawan hawa nafsu adalah satu perkara yang lain pula.
Namun dengan ibadah wajib seperti solat fardu yang kita lakukan akan lebih dapat membantu kita melawan hawa nafsu.
5. Bantuan pakar/ support grp - Memandang isu yang anda hadapai adalah serius, maka suka saya mencadangkan anda agar mendapatkan bantuan pakar daripada Psychiatrist bagi mengatasi isu yang anda hadapi. - Anda juga memerlukan bantuan sokongan daripada keluarga dan teman rapan yang dipercayai yang mengamalkan gaya hidup sihat agar mudah anda keluar daripada lingkaran sosial yang anda hadapi sekarang.
6. Langkah Pencegahan (Intervention) Bagi mengelakkan terjerumus daripada perbuatan yang dikeji ini, sebaiknya anda perlu melakukan langkah2 pencegahan dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang membawa risiko bagi anda mengulangi perbuatan terlarang.
Antara perkara yang anda boleh lakukan ialah: - Pastikan anda tidak berdua dengan teman yang anda cenderung untuk melakukan perbuatan yang dilarang. (tempat2 gelap, rumah atau di hotel)
- Pastikan anda berteman (teman yang dipercayai dan 'straight') bila bersama dengan teman2 yang berisiko.
Saya rasa ini sahaja buat kali ini dari saya, sila hubungi saya melalui telefon pejabat 62353172 bagi bantuan lanjut atau sesi kaunseling bersemuka.
Wassalam.
 | It must be super hard on our brother with that type of dilemma. Hopefully allah will bless him with his jihad to overcome his desires. My prayers and tears are with our brother. |
 | Memang sukar untuk menghadapi situasi yang seumpama ini. InsyaAllah, saudara akan dapat mengharunginya dengan hati yang tabah. Berdoalah kepada Allah agar ditunjukkan dan dipermudahkan jalan, serta mendapatkan perlindungan daripadaNya. Jawapan Ustaz Yusri adalah baik, dan mudah-mudahan dapatlah diamalkan apa yang telah dicadangkan oleh beliau. Wallahu'alam. |
 | memang super hard. semoga beliau berjaya berubah... |
 | Setiap yang berlaku adalah kehendakanya.Namun allah memberi kita banyak pilihan untuk mengatasi masaallah itu,namum bila apa yang terjadi ,kita sering menyalahkan takdir atau redha dengan mudah.Ibarat ustaz kata kalau mereka boleh merubahnya mengapa kita tidak?wahal mereka itu sama macam kita manusia biasa punya hati,perasaan kelemahan diri sebagai manusia biasa.Saya berdoa agar teman kita dapat mengatasi masaallah nya dengan fikiran waras dan insyaallah sama-sama kita doakan agar dia dilindungi allah...............amin
|
 | Kepada saudara yg terlibat.Sy juga sebenarnya menghadapi masalah yg same seperti saudara.Saya menyedari perkara ini semasa menuntut di Universiti lg..saya juga pernah telanjur sekali dengan rakan di Universiti dan cepat-cepat saya terus bertaubat kepada Allah SWT.Kita semua bernafsu and of course perlukan perkara tersebut.so, sy membuat keputusan untuk berkahwin dengan wanita dan sy cuba untuk mencintai nya sepenuh hati dan jgn lupe berdoa kepada Allah untuk membantu kita mengharungi maslah tersebut.Ingatlah Allah suke kepada orang yg apabila melakukan dosa cepat2 bertaubat kepadanya dan jgn ulang lg kesalahan tersebut.Sekrang ini sy sangat geram dan benci kpd perbuatan sy yg telah telanjur dahulu walaupun hanya sekali..Sy boleh berubah dan sy berharap agar saudara dapat berubah juga.seprerti uztaz kata, kita yg membuat keputusan dan keputusan yg dibuat perlu bijak.Allah mungkin akan beri peluang sekali kepada kita dan tidak untuk kali yg keduanya.Wallahualam. |
 | saya sendiri pernah mengalaminya dan masih lg ade perasaan thadap lelaki..hanya beberapa teman rapat shj yang tahu akan keadaan sy..slpas mbaca jawpn ustaz di atas, sy akan cube praktikkannya..dan kepada saudra di atas, brusha dengan sedaya upaya, insyaAllah akan mbuahkan hasil..sy sendiri x mahu mati dlm keadaan hina, sy juga nak merasa mpunyai anak sndiri dan berumahtangga dgn isteri tsayang..gudluck!! |
 | saya juga mempunyai masalah yang sama..mmg betul kata ustaz kita mesti ubah cara kita berfikir...saya sedang berusaha dan berdoa kepada Allah supaya menjadikan saya sebagai fitrah lelaki sejati yang memiliki keluarga bahagia..insya Allah.. |
Comment deleted at the request of the author.
 | lovehim99 wrote on Aug 28, '09, edited on Aug 28, '09 ya allah ya rasulullah... jangan pernah kesal saudara2ku dilahirkan sedemikian rupa...laksana sentiasa diuji imannya setiap detik y berlalu...Yakinlah akan Hikmah dari-NYA...sesungguhnya Tuhan sedang memerhatikan kita... Ana amat dan teramat memahami masalah/dilema y saudara tanggung... andai ada ubat di dunia ini, akan ana cari tuk dikongsikan sesame kita...supaya luntur kasih dan cinta terhadap kaum sejnis....Tp cinta itu anugerah Allah y perlu kite hargai...Biarlah ia tumbuh dalam hati saudara....kawal dan arahkan ia semampu kite...Pernah ana terase ingin pergi dulu dan itu menjadi doa ana dalm setiap sujud ana ke hadrat Illahi..kerana ana takut akan mase depan y penuh dgan godaan duniawi,tiada henti2 menduga....Ya Allah Tuhan y memelihara...peliharalah Iman kami hingga ke akhirnya... ana doakn saudara2 terus sabar dan bersabar...jgn pernah berhenti berdoa...kerna doa itu senjata mukmin... percayalah pada pertolongan Allah...Semuga kite sentiasa menjadi insan y dipilih oleh-nYA.... SANGAT CINTA DAN RINDUKAN-MU YA ALLAH... TERASA INGIN PANTAS MENEMUI-MU YA ALLAH... ALLAHHUAKBAR... WASALM.... |
 | Kalaulah saya mampu berubah.... Mungkin segalanya dah terlambat buat saya. Saya sedang bercinta dengan seseorang lelaki juga tetapi saya dihantui rasa bersalah dan berdosa yang amat sangat. Saya masih tidak mempunyai kekuatan untuk meninggalkan hubungan ini, sebab jiwa saya akan terasa kosong dan saya tidak mahu keseorangan. Saya menyayanginya bukan atas dasar nafsu semata-mata, tapi atasa dasar cinta dan sayang. Saya ingin berkongsi hati yang kosong ini dengan seseorang. Dicintai dan menyintai. Tapi entahlah, selepas saya memasuki dunia mereka ini, ia tidak seindah seperti yang kita bayangkan, kerana bukan senang untuk mencari cinta sejati, kebanyakannya mencari kepusan nafsu semata-mata. Bak kata orang, habis madu sepah di buang, dan mereka akan beralih kepada lelaki yang baru. Bagi mereka yang berada dalam golongan ini, bertukar-tukar pasangan adalah sesuatu yang normal kerana bagi mereka 'having sex' is just like you are having your meals. Citarasa untuk melakukan seks adalah berubah-ubah dari hari ke hari. Apabila sudah bosan, 'kita rasa' la yang lain pula. Wallahu'alam. Semoga Allah melindungi kita semua. |
 | saya doakan awak tabah menghadapi segalanye,awak antara orang yang di sayangi Allah,awak diberi rasa bersalah atas ape yg awak lakukan@rasakan,bayangkan berapa ramai lagi yg tidak terbuka pintu ati tuk mencari satu penyelesaian,bersyukur kerana awak masih tidak terputus dari kerahmatanNye kuatkan ati,saya yakin awak mesti boleh lakukan....tapi percayalah tuk membuang satu tabiat buruk adalah lbih susah dari melakukanye, ikut segala nasihat ustaz yusri,insyaAllah segalanye akan lebh mudah apa yg awak sangkakan...
|
 | ala..kalau dah jiwa songsang tu..di bawa sampai ke mati..tak boleh nak ubah lagi dah. |
 | saya juga mempunyai sahabat yang senasib dengan anda...dan saya sekarang ini cube memberi sokongan agar dia tidak lagi mendekati gejala yang tidak sihat ini... carilah seseorang yang anda yakin dia akan dapat memahami keadaan anda... |
 | pertama, kepada ustaz yusri terima kasih dengan nasihat dan tunjuk ajar ustaz yang meningkatkan lagi kesedaran dan keinsafan dalam jiwa saya. kedua, kepada semua yang menghadapi masalah menyukai kaum sejenis, tetapi tahu akan hukum Allah dan mahu 'menyembuhkan' diri, maka saya ada sesuatu untuk dikongsi bersama yg mungkin boleh dijadikan pembakar semangat. Walaupun saya bukan gay, tetapi suatu ketika dahulu saya banyak melanggar perintah Allah swt. Sampai suatu ketika, saya berasa terlalu 'panas'....panas secara literal dan juga secara analogi.....literalnya memang badan kerap rasa panas (tk kira tmpt dan masa) sehingga saya kena migrain yg sgt teruk.....analoginya pula, kehidupan saya walaupun sentiasa ceria (happy hour sana sini) tetap ada shj yg tidak kena....ketika saya menyedarinya, saya mula muhasabah diri.....saya mula menarik diri sedikit demi sedikit dpd dunia ceria saya itu......masa yg saya ambil utk berubah bukanlah sekelip mata, tetapi agak lama...bertahun-tahun....sehinggalah saya mencapai satu rasa yg tidak dpt saya gambarkan, iaitu rasa kasih mendalam buat Allah swt....mmg benar kata ustaz Yusri. sejauh manakah keikhlasan kita utk bertaubat dan sejujur manakah kasih kita kpd Allah swt....ini semua menentukan sama ada kita berupaya memperolehi hidayah dpd Allah swt yg seterusnya membantu kita berubah dan tidak mencari lg style hidup yg merosakkan kita suatu ketika dahulu.....saya kini berpegang kpd satu matlamat...matlamat yg saya rasa semua umat Islam wajib ada..iaitu matlamat berupaya untuk berjumpa dan menatap wajah Pencipta kita Yang Maha Agung.....kpd saya satu kerugian yg paling 'ultimate' bg semua manusia adalah sekiranya tidak dpt menatap wajah serta mendengar suara Allah memberi salam kpd kita suatu hari nanti...kerana sekiranya kita tidak menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w maka kita langsung tidak dpt berjumpa dgn Allah...bayang Allah pun kita tk dpt lihat.... bg saya, saya TERLALU kepingin untuk berjumpa Allah dan juga Rasulullah s.a.w serta para pejuang yg berdiri seiring dgn Nabi kita.....kerana matlamat inilah, saya berazam dan menguatkan diri serta iman utk tidak kembali ke dunia 'gelap' ciptaan saya suatu ketika dahulu.....setiap masa saya berdoa kpd Allah swt supaya tidak menarik payungan kasih sayangNya buat saya....Saya hanya mahu keredhaan Allah kpd saya, keluarga saya, semua saudara Islam saya dan keturunan kita semua..... Saudara, tanyalah diri saudara adakah saudara beramal kerana TAKUT dgn hukuman Allah @ saudara beramal kerana CINTA IKHLAS buat Allah? Amal yg berserta dgn CINTA IKHLAS itulah yg paling baik. Tanya diri saudara sendiri. Mana yg lebih penting...NAFSU @ CINTA KPD ALLAH.....percayalah saudara, saudara boleh mencapai rasa kasih mendalam sehingga saudara tk ingat langsung nk buat perkara yg merosakkan itu..... Dahulu saya rasa mustahil utk berjaya berubah, kerana saya rasa susah nk tinggalkan dunia keseronokan saya itu...saya rasa "matilah aku kalau tk dpt nk happy2 mcm ni....tk boleh hidup aku..." inilah kata-kata yg bersarang dlm diri saya....ttp saya berjaya juga berubah...w'pun mengambil masa hampir 10 tahun.... saudara dan juga kpd saudara Islamku yg mempunyai dilema 'gay' ini, jgn berputus asa...saya doakan anda semua berjaya..... |
 | hanya mereka yang mengalaminya yang faham beban yang ditanggung...tiada manusia yang waras minta dijadikan demikian...bukan sahaja dicerca didunia malah dilaknati Allah dunia n akhirat.. mereka yang tidak mengalaminya akan mudah mengatakan ia ikutan dari barat,ikutan nafsu dll alasan yang boleh digunakan kerana ANDA tidak mengalaminya...setiap yang menghadapi dugaan naluri songsang pasti mengimpikan naluri yang sempurna seperti orang lain seperti berkahwin, mempunyai keluarga,hidup bersama pasangan,sayang menyayangi..namun,apakan daya,tuhan lebih mengetahui apa yang dilakukannya terhadap setiap manusia...setiap yang bernaluri songsang pasti telah berusaha sebaik mungkin untuk berubah,berdoa,bersembahyang,menangis,mengadu padaNya..adakah ia dengar?...air mata yang mengalir dah tak terkira kerana memohon supaya naluri ini boleh menjadi normal seperti orang lain..adakah semua manusia yang menghukum itu mendengar tangisan mereka ini?..adakah mereka yang menghukum itu tau betapa sukarnya untuk mereka ini meneruskan kehidupan sedangkan hati n perasaannya berperang tentang kenapa hanya mereka yang mengalami dugaan ini?...adakah mereka di luar sana lupa bahawa tuhan tidak menduga mereka sedemikian maka dgn mudahnya mereka mendabik dada mengatakan ia hanya tuntutan nafsu?..pengaruh barat?..pengaruh TV?...jika kita tdk mengalaminya jgn mudah menghukumnya..siapa kita nak menghukum orang lain.. |
 | Kebanyakan lelaki yang songsang ini mengalami kekosongan jiwa sama seperti saya. Saya masih bersekolah tetapi sudah terlanjur dan sesat hampir 4 tahun. Saya pernah mempunyai "partner" dan kami dulu sangat bahagia tetapi tiba-tiba saya terfikir sejenak , kenapa saya nak hidup macam ni, walaupun seronok tetapi akhirat saya akan diseksa. Jadi saya ambil keputusan untuk memutuskan hubungan itu serta-merta dan sekarang saya cuba untuk berubah dengan bantuan class mate saya yang salah seorang daripadanya beragama Christian. Saya berasa kesal, walaupun sebilangan kawan seislam mengetahui masalah saya tetapi langsung tidak memberi support kepada saya untuk berubah......
Walaubagaimana susah pun, tetapi saya akan cuba sedaya upaya saya, kerana saya ini masih "youth" dan teramatlah susah untuk berubah. Orang seperti saya perlukan dorongan dan kawan-kawan yang boleh dijadikan termpat untuk meluahkan perasaan supaya tidak dipendamkan.
Segala masalah ada jalan penyelesaianya, itu janji Allah |
 | saya memang seorang yang gay.. saya sedar sejak saya dari kecil lagi mungkin 2,3 or 4,5 tahun.. sebab saya attracted dengan ayah saya lebih dari mak saya.. dan setelah saya berumur 8 tahun saya sedar yang saya sukakan lelaki.. jadi sampai sekarang saya masih bersikap songsang,.. seperti cerita yang lain saya juga berdoa,bertaubat berkali2 untuk berubah.. tapi tiada jalan keluar.. bukti scientifik menunjukkan yang kewujudannya symptom ini..di mana ia adalah logik dan diterima akal...jadi..perlu kah saya percayakan sumber yang berasaskan teori? sedangkan logik didepan mata? saya keliru dengan hidup saya.. tanpa mengikut al quran 100% hidup saya lebih positive dan hilang rasa bersalah.. setiap manusia yang berdoa atau sembahyang di setiap agama diorang juga dapat merasakan kebahagian dan ketenangan berdoa...
|
 | salam. ustaz, saya melati (bukan nama sbenar), ingin berkongsi cerita. dimana saya juga mempunyai rakan yg gay. kami berkawan rapat, dan sy mula perasan lama kelamaan dia sering berinteraksi dgn lelaki. tambahan lagi, lebih mengejutkan apabila dia membuat pengakuan selepas didesak oleh sy bahawa dia tiada perasaan langsung pada perempuan. lebih menyedihkan saya, dia telah terlanjur bersama pasangan gay nya itu. soalan sy, bagaimana utk saya menasihati rakan sy ini? untuk makluman, sy masih berkawan dgn nya walaupun sy sudah tahu perkara sebenar. saya cuma untuk bantu dia untuk menjadi lelaki sejati. |
 | paling padat jawapan nya .saya sokong..saya berumur 21 tahun dan mempunyai nasib sama,kadang2 menangis seorang diri selepas berdoa kepada Allah.meminta untuk mengubah nafsu kepada lelaki semulajadi.tapi bukan mudah untuk menjadikan nafsu kembali normal seperti lelaki lain..saya x pernah minta untuk mnjdi gay.adkah nasib saya akan malang sampai akhir hidup saya dibumi Allah ini...iman saya tidak kuat,Ya Allah,susahnya kehidupan hambaMu ini hanya menyamar dikhalayak umum kerana saya bkn seorang gay yang sosial.saya gay hanya pada nafsu dan perasaan..tidak berwatakkan seperti pondan atau lelaki suka lelaki,tapi nafsu menguasai.kadang2 terasa kesal nya hidup ini..saya seorang islam dan saya ingin berubah..cakap memang mudah.tp saya dan para gay yang senasib sahaja yang tahu peritnya..tapi alhamdulillah saya tak pernah melakukan hubungan sex sesama lelaki dan tidak pernah minum arak atau ke gay club..mungkin iman saya goyah mnyebabkan nafsu menguasai..hanya jiwa gay yang memahami.dan peritnyaaa ada sifat sebegini |
 | malu saya nk mengaku yang saya juga seorg lelaki GAY, saya sentiasa menidakkan perasaan ini...bukan saya minta untuk mempunyai perasaan ni..jujur saya cakap,saya benci perasaan ini. saya ingin dicintai oleh seorang insan bergelar perempuan... tapi saya tidak mampu untuk lawan perasaan ini.. hampir tiap2 hari saya hidup dalam pembohongan.. luaran saya tidak pernah menampakkan saya seorg gay.. tapi hakikatnya dalaman saya sedang bergolak, tuhan jer tahu macamana.. saya xsanggup untuk berkahwin semata2 kerana saya ingin menunjukkan saya seorg yg normal walaupun saya mampu untuk memikul tanggung jwb yg len.. saya kesiankn bakal istri saya xmndpt nfkh batin..pling saya xsanggup adalh diceraikn olh istri saya krna alat kelamin saya tidak berfungsi tika mlm pertama bersama insan bergelar wanita (di dlm undg2 mmg ada peruntukkan istri blh minta cerai dari suami jika suami tdk mmpu mmberi nafkah batin).kekdg menitis air mata lelaki bila memikirkn nasib diri ini...tetapi alhamdulillah, saya mampu lagi melawan nafsu dri mengadakn hubungan sejenis...sy msih lg berdoa agar saya mmpu untuk melaksanakn tanggungjwb sy sebagai insan bergelar suami suatu hari nnti... |
 | pekara yg dialami sme mcm ape yg sy alami ....terima kasihlah ustaz kerana beri penjelasn |
 | salam..hanya yang menangung tahu segala keperitan..selagi mampu untuk mengelak itu lah saja jalannya,tetapi untuk mengubah apa yang dirasa adalah sesuatu yang mustahil.Ia tidak ubah seperti mengubah sesuatu yang allah telah ciptakan..semua ini adalah ujian allah semata untuk membuktikan yang allah berkuasa untuk mencipta apa saja...kalau tidak allah takkan menceritakan tentang nabi luth dalam quran..cubalah fikirkan sejenak..cuba seorang lelaki normal ubah diri menjadi gay..pasti nya terasa jijik kan kerana tiada kehendak jiwa..begitulah juga sebaliknya.. Saya pencilkan diri,tiada kawan rakan,tiada saudara mara..seorang diri berhadapan dengan ujian hawa nafsu dan ujian tinggal dengan ibu yang kurang akal..usia dah 45tahun..solat dan berpuasa setiap isnin sehingga jumaat untuk mencari kekuattan jiwa..tapi dugaan dan tekanan jiwa ini hanya allah sahaja yang tahu..saya cuba memotivasi diri sendiri dan cuba bersyukur dengan apa yang ada..pernah berjumpa pakar jiwa dan pernah terlanjur beberapa kali..SEMUANYA INI UJIAN ALLAH,MAKA BERSABARLAH WAHAI INSAN-INSAN YANG SENASIB...rizzal69@yahoo.com |
 | salam satu perkara lagi..jika seorang yang berjiwa gay dan bernafsu hanya kepada lelaki,jika mereka berkahwin pula,terpaksa berpura-pura menjadi lalki sejati..bukan kah itu satu pembohongan??bukan kah pembohongan itu satu yang munafik..kerana lain dihati dan lain dimulut?dan jika berterus terang pula kepada isteri..adakah isteri boleh menerima?..saya pernah ada kenala yang isteri membinta cerai setelah tahu siapa dia sebenarnya kerana dia membuat pengakuan setelah lima tahun berkahwin...dan ada juga seorang kenala yang berkahwin tetapi setiap kali bersama isteri terpaksa membayangi dirinya sedang bersama seorang llelaki..sungguh PERIT UJIAN INSAN SEPERTI KAMI..FAHAMILAH TANPA MENJATUHKAN HUKUM SEMATA..salamun alaikum ..rizzal69@yahoo.com |
 | Life is not that easy. You need to bear in mind that life is about giving and to do so, you may sometime need to sacrifice either your feeling or desire ect. in order for you to receive/gain or get paid by Allah. Trust, Allah will give either here/now or dayafter. For the time being, you have no right at all to questions or argue of anything such as why I become gay, can I change, ect and ect. Frankly speaking, we do not know the exact answer and even if know the answer, we need to find the solution and even if find the solution , does it work on us or not???? At the we will say, InsyAllah, correct ?. Same goes to hear, you need to keep trying, trying and trying , no matter how hard or long to do,Allah knows what you are doing and if you die while fighting. this could be JIHAD. Normal guy would not have this chance, you do! Not only that if they were to say something that might hurt you, you need to be patience as you will get pahala, and otherwise for them..... they may look normal, but are they really normal???? only god knows. they might worst than us |
 | Just the same story like above.. hahahaha
Ya Allah... Kau hidupkanlah aku sekiranya hidup itu baik bagiku dan Kau matikanlah aku sekiranya mati itu lebih baik bagi ku, dengan kebesaran rahmat dan kasih sayang-Mu.
Sesungguhnya setiap kita mengetahui bahawa rahmatNya mengatasi kemurkaanNya, dan rahmatNya mengatasi SEGALA-GALANYA....
Just Dont ever-ever Give-Up my brother.... (and for me also huhuhu) |
 | Saya faham dilema yang anda hadapi, saya juga punya kecenderungan yang sama, alhamdulillah saya masih mampu mengawal nafsu. Percaya atau tidak, walaupun saya gay (bukan bisexual), saya berkahwin dan kini mempunyai beberapa orang anak. Perkahwinan mampu menyelesaikan banyak masalah ini, walaupun bukan sepenuhnya. Kalau difikirkan semula, saya pun tak percaya saya mampu lakukannya. Saya tak tahu kalau ada yang berjaya menjadi 'straight' tapi belum bagi saya walaupun saya sudah 8 tahun mendirikan rumahtangga. Nasihat saya untuk saya dan kita semua adalah dekatkan diri kita dengan Allah. Hanya Allah yang benar-benar faham masalah kita bukan rakan, bukan keluarga, bukan kaunselor dan bukan juga ustaz/ustazah (maaf saya katakan, pemahaman kebanyakan golongan 'cerdik-pandai' kita tentang isu ini masih cetek, mereka kurang membaca dan mendalami isu ini). Kita hanya boleh berdoa agar diberikan jalan keluar oleh Allah. Walaupun kita tiada nafsu terhadap wanita, kita masih boleh melakukan tanggungjawab sebagai suami, bunyi pelik tapi percayalah, boleh. Pastinya ia bukan mudah dan jangan harap ia akan berlaku pada malam pertama. Kerjasama isteri adalah kunci kejayaan. Point saya adalah saya percaya kita semua mampu hidup secara normal, jangan rasa kita tahu segala-galanya tentang diri kita, tentang tubuh badan kita, sebenarnya kita memang tidak tahu. Berserah dirilah kepada Allah. Jadilah seorang lelaki yang baik, dan tuntut janji Allah bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Allah tidak pernah memungkiri janjinya. Kita tak perlu mencari jodoh, Allah yang akan datangkan dia kepada kita, percayalah dengan yakin. |
 | Tambahan dari yang di atas. Apa yang saya rasa kita boleh buat (dan kita tak patut buat) untuk kita meneruskan kehidupan secara sihat di samping mengawal nafsu dan seterusnya mengelak diri dari perbuatan yang dilarang agama: 1. Dekatkan diri kepada Allah. Ini sangat penting dan kunci kepada segala-galanya. 2. Jangan beri tahu sesiapa tentang orientasi seks anda. Bagi saya, orang di luar sana susah faham tentang perkara ini. Jangan beritahu keluarga, mereka sangat sayangkan kita. Ini bukan sahaja tamparan hebat buat kita, tapi juga keluarga, ditakuti mereka tak cukup kuat menerima hakikat seperti ini. 3. Jangan beritahu rakan yang senasib dengan kita, mereka mungkin dapat mengagak tapi biarkah ia bukan keluar dari mulut kita sendiri. Orang tak akan bertanya 'adakah anda gay?'. Kalau ada yang bertanya cuma katakan tidak sahaja, jangan sekali-kali mengaku. Elakkan dari terlalu akrab dengan mereka yang juga gay. Ditakuti kita sukar mengawal nafsu nanti. 4. Jaga pandangan. Elakkan memerhati lelaki yang kita tertarik. Saya menghadapi masalah di masjid jika terpaksa solat bersebelahan lelaki yang saya anggap menarik. Jika ini berlaku, mohon pertolongan Allah agar dijauhi dari mereka. Insyaallah, sama ada dia akan ke saff hadapan atau anda akan ke saff hadapan.
Semoga ini membantu. Jangan putus berharap kepada Allah. Allah akan sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar. Allah tak akan bagi ujian ini pada kita kalau kita tak mampu untuk tanganinya. Tanganilah ia dengan baik semoga kita akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah, Insyaallah. |
 | Dah lama dah pendam perasaan ni sehinggalah perasaan ni mula membuak-buak dek kerana berkenalan dengan rakan-rakan lelaki yang tinggal di rumah sewa sebelah. Saya rasa amat selesa dan terbuai-buai dengan layanan mesra mereka. Sehinggalah saya tidak dapat mengawal nafsu ni, lalu meneruskan diri ini hanyut menurut kehendak hati. Bila peluang itu muncul, dan saya gagal melawan nafsu, saya meraba rakan saya itu dan apabila dia telah mengetahuinya, dia terus menyisihkan saya. Saya berasa sedih, menyesal dan bersalah. Perasaan insaf terus menyelubungi diri. Namun benar kata rakan saya yang lain, perasaan tersebut hanya kekal sementara, naluri songsang ini akan kembali mendesak diri yang serba lemah ini untuk kembali meminati kaum sejenis, lantas berimaginasi tentang mereka. Entahla, diri ni sentiasa mendambakan perubahan, tapi apakan daya, sentiasa kalah dengan nafsu. Perasaan meminati lelaki sukar dikekang apatah lagi dihapuskan bagi golongan seperti saya ni. Diharapkan dengan pesanan dan nasihat bernas yang mendorong ke arah redha Allah dalam rantaian komen ni mampu mengubah saya. Wallahulam. |
| |